Saturday, 5 January 2013

Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra

Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra

Moto
"Tekun, Usaha, Jaya"

Ditubuhkan
1973

Dirasmikan
1978 oleh Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail

Jenis
Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

Pengetua
Pn. Natrah binti Samat

Lokasi
Jalan Padang Behor, Behor Pulai, 01000 Kangar, Perlis

Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra
Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra atau SMSTSP diasaskan pada tahun 1973, dengan nama Sekolah Menengah Sains Perlis. Semua pelajar SMSPs. telah menumpang belajar di Sekolah Menengah Derma, Kangar dengan Penyelia yang pertamanya ialah Mr. B.P. Chopra dan Penolong Kanan En. Othman bin Mat. Pada bulan Jun 1974, semua warga SMSPs. telah berpindah ke bangunan baru di Behor Pulai. Penyelia SMSPs. pada waktu itu ialah En. Othman bin Mat dan Pen. Kanannya En. Baharom bin Mohamad. Seterusnya Pengetua SMSPs. yang pertama dilantik untuk menerajui SMSPs. ialah En. Abd. Rahim bin Abd. Majid iaitu pada bulan September 1974. Sekolah ini kini berstatus Sekolah Kluster Kecemerlangan dan merupakan salah satu daripada 20 buah sekolah pertama yang mendapat status Sekolah Berprestasi Tinggi. Salah satu sekolah berasrama penuh yang mendapat anugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan dalam kebitaraan m-sains dan pelancongan. Sekolah ini merupakan sekolah yang terbaik di Perlis dan merupakan antara sekolah yang terbaik di Malaysia berdasarkan rekod pencapainnya.[1]

Lagu sekolahProfil sekolah
Kami penuntut semua
Pelbagai turunan bangsa
Datang dari rata-rata
Bumi Malaysia tercinta

Prinsip Rukun Negara
Menjadi pegangan kami
Berkat Tekun Usaha Jaya
Dukung sains teknologi

Maju SMTSP
Harum SMTSP
Selama-lamanya

Kamikan berjanji
Tekun dan berusaha
Semoga berjaya

Prinsip Rukun Negara
Menjadi pegangan kami
Berkat tekun Usaha Jaya
Teguh semangat berbakti

Visi
Menjadikan Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra sebagai sebuah institusi pendidikan bertaraf dunia yang terus cemerlang dan terbilang menjelang tahun 2020

Misi
Sebuah Sekolah Berasrama Penuh yang komited untuk merealisasikan pendidikan berkualiti bagi membina insan yang berpersonaliti unggul serta mempunyai kecemerlangan akademik. kemapanan sahsiah, kesejagatan kepimpinan, kejituan patriotisme dan kehebatan kokurikulum serta kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terki

Moto
Tekun Usaha Jaya

Pengetua-pengetua SMSTSP
En. Abdul Wahab bin Abdul Ghani, A.M.P, S.M.P, A.M.N (Oktober 1980 - Ogos 1985)
En. Zainol Rashid (1 Mac 1997 - 1 Mac 1998)
En. Romli Desa A.M.N (1 Mac 1998 - 1 Mac 2001)
Tn. Hj. Azemi Bin Salim S.M.P (1 April 2001 - 16 Disember 2006)
En Pesol bin Md Saad (April 2007 - Mac 2011)
Pn Natrah Bt Samat AMP ( Mei 2011 - sehingga kini)


Bil Nama Jawatan
1.Natrah binti Samat Pengetua Cemerlang
2.Abdul Yazid bin Matt Penolong Kanan Pentadbiran
3.Ahmadi bin Abdullah Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
4.Hisamuddin bin Kamis Penolong Kanan Kokurikulum
5.Norishah binti Mat Noh Ketua Bidang Kemanusiaan
6.Mohamad Nazi bin Idris Ketua Bidang Teknik dan Vokasional
7.Fauziah binti Yusof Ketua Bidang Sains dan Matematik
8.Norlida binti Abu Bakar Ketua Bidang Bahasa

Bil Nama Subjek
1.Noridah binti Yangman Biologi
2.Ruslah binti Mat Bahasa Melayu
3.Yaman bin Baharom Kimia
4.Norma bin Abdul Aziz Bahasa Melayu
5.Rahim bin Sukardi Matematik
6.Yang Hameza binti Meor Abd. RashidBahasa Inggeris
7.Mohd. Noor bin Yaacob Kimia
8.Oii Guan Lee Jepun
9.Balkis binti Abdul Manaf Matematik

Kelas
Tingkatan 1 ,2 & 3  : Budi, Ilmu, Jati, Waja
Tingkatan 4 & 5 sains tulen  : Baiduri, Delima, Sarjana, Nilam
Tingkatan 4 & 5 sains teknikal/akaun  : Bestari, Cendekia

Rumah Sukan
Para pelajar SMSTSP dibahagikan kepada 6 buah rumah sukan. Penempatan pelajar di asrama juga adalah mengikut rumah sukan. Sememangnya suatu tradisi bagi setiap pelajar mempunyai semangat rumah dan bersaing untuk menjulang rumah masing-masing dalam akademik, ko-kurikulum, sukan dan sebagainya. Rumah-rumah ini mempunyai satu matlamat iaitu untuk dinobatkan sebagai Rumah Terbaik pada Majlis Anugerah Kokurikulum dan Sistem Rumah setiap tahun.

Rumah Warna Singkatan
Marikh Merah MA
Musytari Hijau MU
Uranus Ungu UR
Utarid Jingga UT
Zuhal Kuning ZU
Zuhrah Biru ZH

Pencapaian Akademik
PMR 2004: 50.89% semua A
PMR 2005: 65.77% semua A
PMR 2006: 70.30% semua A
PMR 2007: 82.82% semua A
PMR 2008: 83.47% semua A
PMR 2009: 61.74% semua A
PMR 2010: 67.65% semua A
PMR 2011: 75.45% semua A
PMR 2012: 45.95% semua A

Anugerah yang pernah dimenangi
Sekolah Kluster Kecemerlangan - 2009
Sekolah Berprestasi Tinggi - 2010

Anugerah Tuanku Syed Putra
Anugerah Tuanku Syed Putra merupakan anugerah tertinggi yang diberikan kepada para pelajar Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra yang mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik,kepimpinan, sahsiah, dan sukan. Penerima anugerah ini akan diberi sewaktu Hari Anugerah Cemerlang tahunan.
Berikut merupakan penerima Anugerah Tuanku Syed Putra:

Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh ke-31
SMSTSP telah dipilih menjadi tuan rumah program ini pada tahun 2004. Sekolah ini pernah menjadi tuan rumah Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh pada 1987 . Program ini dianjurkan untuk kali ke-31 dan kali kedua buat SMSTSP. Pada tahun tersebut, SMSTSP telah mencatat sejarah sebagai penganjur terbaik dalam sejarah penganjuranHari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh . Ini dapat dibuktikan dengan hampir kesemua kontinjen yang datang dari Sekolah Berasrama Penuh seluruh Malaysia berpuas hati dengan penganjuran tersebut. Penganjuran pada kali itu juga menjadi titik permulaan Makan Malam Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh bersama Raja atau Sultan dan pembukaan program di stadium yang mana menjadi ikutan tuan-tuan rumah seterusnya.

1 comment:

  1. PERHATIAN!!!
    KEPADA IBU BAPA YANG MEMILIKI ANAK BERUMUR 13-18 TAHUN.
    ANAK ANDA AKAN HILANG MASA DEPAN!!

    3 SEBAB KEBIASAAN ANAK-ANAK HILANG MASA DEPAN YANG CERAH :

    PERTAMA : TIDAK TAHU MENGURUSKAN MASA UNTUK AKADEMIK
    KEDUA : TIDAK TAHU BAGAIMANA MERANCANG KERJAYA
    KETIGA : MASALAH KOMUNIKASI BAIK DENGAN ORANG LAIN

    HAMPIR SEMUA ANAK DI MALAYSIA MEMILIKI MASALAH INI!!

    ANAK ANDA MEMPUNYAI SALAH SATU DARI MASALAH INI?
    ANDA PENGHANCUR MASA DEPAN MEREKA!!

    ****************************************************************

    JANGAN RISAU..
    KAMI BOLEH BANTU MENYELESAIKAN MASALAH ANDA!
    KEPAKARAN KAMI IALAH MEMASTIKAN ANAK ANDA MEMPUNYAI TEKNIK PENGURUSAN YANG BAGUS DAN SKILL KOMUNIKASI YANG BERKESAN UNTUK MENJADIKAN MEREKA AKAN MEMILIKI MASA DEPAN YANG PASTI CERAH.

    BAGAIMANA KAMI LAKUKAN?
    KAMI MENGGUNAKAN PELBAGAI TEKNIK KEPAKARAN IAITU :
    1) ILMU NEURO LINGUISTIC PROGRAMMING (NLP)
    2) ILMU PERSONALITY DISC
    3) ILMU PERSONALITY PLUS
    4) ILMU COACHING DAN MENTORING
    5) PENGALAMAN LEBIH 7 TAHUN MENYELESAIKAN PELBAGAI MASALAH PELAJAR DAN STAF SEBANYAK LEBIH 1,000 BUAH PROGRAM DI PELBAGAI INSTITUSI SEKOLAH DAN IPT.

    HANTAR ANAK ANDA KE PROGRAM KAMI SYNERGY CHALLENGE CAMP (SCC) :

    TARIKH - 9 HINGGA 11 DISEMBER 2016 (3 HARI 2 MALAM)
    TEMPAT - SELANGOR, PERAK DAN SABAH (3 TEMPAT SERENTAK)

    ****************************************************************
    TEMPAT ADALAH TERHAD!!

    HUBUNGI SEKARANG :
    EN. HAFIZI - 0164496255
    EN. HANIF - 01123245460
    CIK ROSMARIA - 01136357870

    MASA DEPAN BUKAN PERKARA BOLEH DIBUAT MAIN-MAIN.
    HIDUP HANYA SEKALI, KESILAPAN ADALAH BERISIKO.
    DAPATKAN BANTUAN DARI PAKAR.

    #scc
    #kemcutisekolah2016
    #ydkmm
    #nstc
    #createyourfuture

    ReplyDelete